Disini wanieyy ingin berkongsi apakah langkah dan cara yang seharusnya kamu lakukan bila sahabat kamu menuduh kamu curang dengan kekasihnya.
☛ PERJELASKAN DENGAN CARA YANG BAIK
Tidak perlu marah-marah dan jerit-jerit sekirannya si dia mahukan penjelasan berterus terang sahaja padanya. Kalau kamu menjawab dengan emosi hubungan kamu berdua akan semakin rengang dan silap hari bulan dah tidak bertegur sapa walaupun hakikatnya kamu tidak mempunyai hubungan dengan kekasihnya.
☛ TUNGGU WAKTU YANG TEPAT
Jika benar si dia ingin bersemuka dengan kamu pilihlah waktu dan tempat bersesuaian. Jangan jumpa dalam keadaan kelam kabut. Maklum sahajalah bila kelam kabut emosi mula terganggu. Elok-elok boleh di selesaikan dengan cara yang baik tak pasal bergaduh-gaduh pula jadinya.
☛ TANYA PUNCA DIA CURIGA
Kamu mempunyai hak untuk mengetahui apakah punca si dia mula curiga dan ragu-ragu terhadap kamu. Jangan biarkan si dia terus tertanya-tanya kerana macam-macam yang boleh bermain di fikirannya. Jadi, sebelum kamu berdua bergaduh dan berbalah eloklah jika kamu selidik dahulu apa yang sebenarnya terjadi.
☛ MOHON MAAF JIKA PERLU!
Jika tuduhan itu muncul oleh sebab kesalahan kamu sendiri cubalah memohon maaf jika perlu. Kadangkala, dengan kata maaf kamu boleh melembutkan hati seseorang yang sedang beremosi atau marah. Kemudian, binalah semula hubungan yang terlerai.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan