Sebelum persahabatan menjadi tidak terkawal, lebih baik you all bertindak sekarang.
KES 1: The Saviour
Punca: Sahabat you all sedang hangat bercinta dengan seorang boyz tanpa pengetahuan parentnya. Yang tak bestnya, dia menggunakan you all sebagai alasan setiap kali mahu keluar berdating. Kononnya dia keluar dengan you all dan kadangkala bermalam di rumah you all. Pening, kan? Macam mana kalau mamanya telefon dan mama you all yang angkat?
Solusi: Mengapa you all pendamkan saja perkara tersebut daripada pengetahuannya? Bayangkan, dia berseronok-seronok sedangkan you all pula yang bingung dan stres kerana takut diketahui.
Cuba pujuk sahabat you all tu dan katakan bahawa you all sanggup buat apa sahaja untuknya, kecuali yang tidak mendatangkan masalah kepada kedua belah pihak seperti ini.
KES 2: The Money Lender
Punca: You all keluar shopping dengan sahabat. Tiba-tiba dia mahu membeli sesuatu dan tidak cukup wang. You all meminjamkannya wang. Lama menunggu, dia tidak juga membayar kembali wang tersebut. Sudahlah hutang tak dibayar, beli pula handphone baru! Aduh!
Solusi: Jangan malu-malu untuk minta kembali duit you all. Tapi berilah alasan seperti mahu memakainya untuk membeli hadiah birthday boyfriend you all dan you all sudah kehabisan wang. Biar berdrama sedikit asalkan dibayar semula. Ya, manusia kadang-kadang terlupa.
KES 3: The Backstabber
Punca: You allsedang mengulang kaji pelajaran di perpustakaan. Tiba-tiba sekumpulan rakan sekelas mentertawakan you all. You all yang rasa pelik dan tersinggung dengan kejadian tersebut lalu bertanya kepada they all.
Ternyata sahabat yang you all percayai selama nie telah mengkhianati you all dan membocorkan rahsia yang sepatutnya disimpan kepada rakan-rakan sekelas lain. Dan sekarang, cerita you all tu dah kecoh satu sekolah!
Solusi: Sudah tentu you all harus bangkit menegakkan kebenaran dan bersemuka dengan si penebar fitnah. Walau sudah berabad you all mengenalinya, you all harus bersikap tegas agar dia tidak melakukan sewenang-wenangnya terhadap you all. Tanya juga apa yang diceritakannya. Boleh jadi ia berbeza dengan cerita sebenar.
KES 4: The Destroyer
Punca: You allmahu ke birthday party dengan sahabat. Tapi sahabat kata dia tak ada baju cantik untuk dipakai. You all dengan baik hatinya meminjamkan dress kesayangan kepadanya. Seminggu kemudian dia memulangkan kembali baju tersebut tetapi dengan satu tompokan kotor yang tak mungkin hilang.
Solusi:Periksa betul-betul dahulu. Bagaimana boleh jadi begitu. Tapi kalau you all yakin memang ia berpunca daripada sahabat, jangan ragu-ragu bertanya kepadanya.
Lihat respons dan tanggungjawabnya. Mungkin dia tidak perasan perkara tersebut berlaku. Tapi kalau dia protes dan mempertahankan diri, itu maknanya dia bukanlah sahabat yang bertanggungjawab dan boleh dipercayai. You all tahu apa yang harus dilakukan selepas ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan