You all dalam proses mengenali si dia. Di permulaan, segalanya berjalan dengan baik sekali. Si dia sentiasa memberikan perhatian kepada you all. Setiap hari you all akan berbalas BMM, SMS atau telefon. You all yakin, dialah boyz yang you all cari selama nie.
Stop! Jangan fikir lebih jauh! Yezz! nak tanya, adakah you all
benar-benar yakin dengan si dia? Macam mana kalau si dia hanya pemberi
harapan palsu yang akan pergi bila mencapai hasratnya? Atau dia memberi
perhatian kepada you all hanya kerana bosan, sunyi dan mahu menunjuk-nunjuk? Opss! Jom renungkan sejenak.
Tanda-tanda pemberi harapan palsu
- Dulu, handphone you all tak pernah sunyi. Siang,
malam, pagi, petang bergayut, SMS dan BBM. Sekarang, nak tunggu balas
pun makan setengah hari. Itu pun kalau balas.
- Waktu berdua dengannya, memang si dia kelihatan sangat romantik. Pelbagai pujian dilemparkan demi melihat you all gembira. Tapi, segalanya berubah bila kengkawannya turut hang out. Bahkan, dia tidak segan-segan untuk mentertawakan you all di depan kengkawannya.
- Kurang perhatian mendengar luahan dan cerita you all. Kalau boleh, si dia mahu perbualan tersebut ditamatkan segera.
- Sebelum nie, you all dengannya macam belangkas. Ke mana-mana saja selalu bersama. Tapi sekarang nie si dia jarang benar mengajak you all keluar. Malah kadang-kadang tu macam sengaja mengelak pula.
Apa yang perlu dilakukan
Sekarang you all dah sedar yang mana kaca, yang mana intan. Mesti terasa dunia gelap seketika, kan? Gurlz, tak perlu menangisi seseorang yang tak memberi erti dalam hidup you all. Daripada mengeringkan air mata, lebih baik you all ikuti tips di bawah nie. Mana tahu, satu hari nanti si dia akan tunduk dan merayu cinta you all kembali. J
# Jadikan pengajaran
Perkara paling penting you all harus lakukan adalah menjaga hati sendiri terlebih dahulu. Bila mengenali boyz, jangan letakkan 100 peratus kepercayaan kepadanya. Perlu ada persediaan untuk sebarang kemungkinan yang bakal berlaku.
Jadi, bila berlaku situasi begini, you all hanya perlu take it easy dan go with the flow. Jangan sia-siakan hidup you all dengan mengejar orang yang belum pasti. Jadikan pengalaman tersebut sebagai pengajaran you all di masa hadapan.
# Main tarik tali
You all sudah pun mengenali siapa dirinya yang sebenar. Inilah masanya untuk you all bermain tarik tali pula. Kalau dia tak menghubungi you all hari nie, biarkan saja. Jangan hujani si dia dengan SMS dan BBM. Biar dia rasakan bagaimana rasanya rindu. Biar dia tahu you all boleh hidup sendiri dan tak mengharapkannya.
Yezz! pasti, penantian you all tu tak lama. Dalam sehari dua pasti dia akan menghubungi you all kembali.
# Berhenti berharap
Perlu diingat, boyz sebegini tak akan puas dengan seorang gurlz. Sebab tu bila you all mula menyukainya, dia akan mengundurkan diri perlahan-lahan. Jadi, lebih baik you all berhenti berharap dan melupakannya perlahan-lahan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan