Bagi sesetengah orang, jatuh cinta adalah sesuatu yang terindah dan umpama pelengkap hidup. Namun, tidak di nafikan ada juga yang cuba sebaik mungkin untuk menolak cinta.

Tetapi itu tidak bermaksud mereka adalah golongan ‘forever alone’.

Mungkin sebenarnya ada beberapa pekara yang menyebabkan mereka sendiri cuba jauhkan diri.

Melalui beberapa kajian yang sempat REMAJA lakukan, ada yang memberi alasan

✿   CINTA ITU MEMEDIHKAN
Tidak di nafikan, bila di lamun cinta hati kita ibarat tisu. Bila terkena basahan sedikit habis meresap ke seluruh permukaan kemudian hancur. Jadi, bukanlah sesuatu yang pelik jika mereka sendiri takut disakiti dan di khianati. Bukan itu sahaja, mungkin selama pengalaman cinta mereka di akhiri dengan tragedi.

✿   CINTA LAMA MASIH BERPUTIK
Dengan satu hari sahaja orang boleh jatuh cinta, tetapi untuk melupakan memakan masa yang lama atau mungkin selamanya. Oleh itu, ada sesetengah individu sukar membuka hati, ruang dan cinta pada orang lain. Mungkin mereka belum bersedia. Berhadapan dengan individu seperti ini kamu haruslah bijak merancang strategi. Tetapi jangan memaksa mereka untuk melupakan. Kerana makin kamu mencuba, makin ia tidak akan menjadi. Sebaliknya cuba buatkan individu seperti ini sedar dan terima akan kehadiran kamu secara slow and steady.

✿   CINTA TIDAK BERBALAS
Sesetengah berpendapat apabila cinta mereka di tolak atau tidak berbalas. Ia seakan satu kekecewaan yang sukar untuk di gambarkan. Malah, kehancuran hatinya hanya dirinya sahaja yang mengerti. Oleh itu, individu seperti ini akan cuba sebaik mungkin untuk membawa hati yang lara jauh daripada orang lain. Tetapi tidak mengapa, jika kamu beri layanan terbaik pada mereka pasti dia akan terbuka mata dan berfikir mengapa dia hanya habiskan masa dengan kekecewaan sahaja dan akhirnya pasti si dia akan mula menerima kehadiran kamu.

✿   KESERONOKAN DAN KEBEBASAN
Ada individu yang suka kebebasan dan keseronokan. Mereka beranggapan cinta dan lelaki hanya penghalang untuk mereka terus berseronok dan bersuka ria. Jadi, tidak hairanlah mengapa mereka lebih suka menyendiri dan tidak terikat dengan apa-apa komitmen.

✿   MERIMASKAN
Mereka mengatakan, bila bercinta paling merimaskan apabila adanya perasaan cemburu, queen control, dan sebagainya. Ada juga yang berkata mereka paling tidak suka bila setiap masa mesti ber SMS dan ‘bergayut’. Jika tidak mereka akan di tuduh curang dan sebagainya.

✿   KEDUDUKAN YANG TIDAK SETARAF
Bila seorang gadis pekerjaan atau tarafnya lebih tinggi berbanding lelaki, mereka menganggap ia adalah sesuatu yang tidak sesuai dan gabungan yang terlalu nampak negatif berbanding positif. Mereka takut jika ada yang akan mengambil kesempatan terhadap kelebihan dan kesenangan yang mereka ada. Untuk mengelakakn diri dari jadi mangsa, mereka sanggup untuk jauhkan diri daripada menghabiskan masa bersama lelaki yang bawah dari mereka.

✿   MASIH MUDA BANYAK BENDA LEBIH PENTING
Ada juga yang berkata mereka sebenarnya masih muda. Banyak benda yang lebih penting harus mereka selesaikan dahulu contoh seperti kumpul harta dan bekerja. Lelaki bukanlah pekara utama dalam hidup mereka. Individu seperti ini lebih suka rancang  kehidupannya kemudian barulah fikir soal cinta.